Monday, October 19, 2009

NOMO SNIZ

Harga : RM24.00
Kategori: Homeopati
Isi:
30 biji
Tempoh Guna: Bergantung kepada kekerapan mengambilnya.
Kesesuaian:
Untuk masalah resedung.

Cara penggunaan:
Dikemam atas lidah 1 tablet 2 kali sehari (pagi dan malam). Makan 3 hari berturut-turut dan berhenti 3 hari. Ulangi sedemikian sehingga habis. Jika terasa lega, anda boleh berhenti mengambil ubat.

Kesan Kegunaan:
NOMO SNIZ diramuan khusus untuk mengurangkan dan akhirnya menghapus ganguan resedung dengan cara membantu tubuh mengeluarkan segala kotoran beracun daripada sistem pernafasan dan menguatkan tubuh daripada kesan dedahan alergen. Tubuh yang kuat tidak mudah mengalah dan dengan itu tidak timbul lagi masalah alahan.

Pendahuluan
Selesema adalah suatu masalah yang biasa mengganggu sesiapa sahaja, terutama mereka yang sangat peka terhadap perubahan cuaca dan kesejukan. Antara simptom biasa selesema ialah :

a) lemah dan bisa-bisa tubuh

b) demam

c) berhingus, koriza, katar

d) bersin-bersin

e) menggigil kesejukan

f) sakit kepala

Walaupun ramai yang mengatakan bahawa selesema boleh berjangkit, tetapi Prof. Dr. Azizan b. Hj. Ismail, perumus NOMO SNIZ ini, tegas dengan pegangannya bahawa selesema tidak berjangkit. Selesema bukanlah penyakit, akan tetapi adalah merupakan simptom biasa yang ringan jika dibandingkan' dengan simptom-simptom lain yang melibatkan simptom pernafasan seperti batuk kronik, bronkitis, asma (Ielah), tibi, pneumonia dan sebagainya.

Pemerhatian menunjukkan gangguan selesema mudah dihidapi oleh seseorang yang lahir dari keluarga yang menghidap sama ada batuk kronik, bronkitis, asma atau tibi, atau masalah kronik yang lain yang melibatkan sistem pernafasan.

Selesema terjadi akibat daripada terhimpunnya kotoran beracun dalam tubuh, terutama dalam organ sistem pernafasan. Oemi menjaga kesihatan tubuh berusaha menghapuskan kotoran beracun in; dengan menyalirkan keluar melalui liang hidung.

Peranan ini dilakukan oleh sel yang melapisi membran saluran pernafasan dan silia. Memang terdapat aneka zarahzarah benda asing yang terdiri daripada habuk dan asap yang berterbangan di dalam udara. Apabila seseorang menyedut udara sewaktu bernafas, zarah-zarah ini akan terbang masuk dalam saluran pernafasan. Zarah yang tidak terperangkap oleh saringan bulu hidung, akan terus masuk ke dalam peparu.

Silia adalah bulu halus yang tumbuh di sepanjang saluran pernafasan. Silia berperanan menolak keluar lendir yang mengandungi zarah benda asing yang terperangkap dalam lendir. Kadangkala lendir itu menjadi pekat dan likat menyulitkan silia hendak keluar. Dalam keadaan begini, akan timbul iritasi di kerongkong (keadaan terengsa, gatal dan geli) yang menyebabkan kita terpaksa batuk atau bersin.
Maka hembusan kuat daripada batuk dan bersin itu akan mendesak lendir kotor tadi keluar. Oleh itu kita percaya bahawa bersin dan batuk adalah suatu proses biasa di mana tubuh berusaha untuk menghapuskan kotoran beracun daripada sistem pernafasan.

Ada pula orang-orang tertentu yang tersangat mudah terjadi bersin-bersin. Keadaan ini dipanggil resdung. Seperti yang telah dinyatakan, lazimnya resdung terjadi pada orang yang datang dari baka yang menghidap masalah pad a sistem pernafasannya. Sifat baka ini telah melemahkan dirinya dan menjadikannya sangat mudah terkena masalah seperti yang dihidapi oleh keluarganya. Orang ini akan menjadi sangat peka pada cuaca dan keadaan serta makanan tertentu. Itulah sebabnya orang yang kena resdung tidak tahan kena sejuk, hujan, air, habuk, bau-bauan dan makanan tertentu.

Makanan seperti udang, ketam, sotong, kerang, belacan dan seumpamanya boleh menyebabkan penghidap resdung menjadi bersin dan gatal, kerana benda-benda ini sudah bertukar menjadi "racun" padanya. Benda-benda racun ini diistilahkan sebagai alergen. Alergen menimbulkan alergi (alahan).

Seterusnya dia mengelak daripada benda-benda itu daripada memberi peluang kepada tubuh untuk segera memulihkan keadaan.

Sesungguhnya NOMO SNIZ dapat bertindak mengurangkan dan akhirnya menghapuskan gangguan resdung dengan cara membantu tubuh mengeluarkan segala kotoran beracun daripada sistem pernafasan dan menguatkan tubuh daripada kesan dedahan kepada alergen. Tubuh yang kuat tidak mudah mengalah dan dengan itu tidaklah timbullagi masalah alahan.

Ingatlah, apabila anda mengambil NOMO SNIZ anda mung kin dapati, di peringkat awal bersin dan hingus bertambah. Ini hanyalah sementara dan adalah petanda baik kerana tubuh sedang bertindak menghapuskan lendir yang kotor dan beracun daripada sistem pernafasan. Dalam sedikit masa keadaan akan pulih dan anda akan menikmati kesihatan yang unggul.

Cara menyimpan :
Tutup ketat. Tidak perlu simpan dalam peti sejuk. Jangan simpan di tempat berbau kuat.


nomo sniz amiszan online shop


Related Posts with Thumbnails